30 December, 2009

Nah, amik laa permata.

Ae-man ; Permata





Karem, Azmirul, Zamri, Anas,
Adik-adik ni semua sangat comel ! Nak autografffff ! HAHAHAHA. :D

27 December, 2009

Mari Meronda.


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


aku nak straight to the point, tak mahu belok-belok sesatkan diri dah. Aku sangat penat dua minggu kebelakangan ini. Tapi pada masa yang sama aku amat berpuas hati kerana dapat bergembira, menghiburkan hati yang lara. kwang awang kawanggg.


haritu, (aku ni tahun lepas pun boleh jadi haritu) pergi Gombak, saudara aku kahwin. Hm, aku harap tak terlambat lagi untuk ucap selamat pengantin baru kat Abang Rizal dan Kak Aida. Moga berbahagia hinnga ke hujung nyawa. ohyaa, saudara yang aku maksudkan di sini ialah mereka yang berbaju biru. sila rujuk gambar di bawah. tapi, kepada pasangan yang berbaju silver itu, diucapkan selamat pengantin baru juga. seronok ehh kahwin ramai² macam tu. nak buat laa satu hari nanti. HAHA :D


selamat pengantin baru sekali lagi dan moga berbahagia sekali jugak lagi. cepat cepatlah dapat anak macam mak cik kat bawah ini. KAH KAH KAH.



okayyyy. itu cerita minggu lepas. agak dah basi la sikit. ni nak cerita kisah minggu ni. panas! panas! macam pisang goreng yang baru digoreng! aku pergi Ipoh.


*cehh, blahh la weh. tak panas pun !


heyyy, siapa yang berkata-kata tu? hormat sikit apa penulis nak tulis. aku pergi Ipoh dengan Nadia, adik nadia- Izyan, Yana. ohh, tidak dilupakan, Mira pun tumpang sekaki. terima kasih kepada tuan rumah; cik Intan kita kerana sudi tumpangkan kami di rumahnya. terima kasih kepada pak cik Mohamed Yusoff, pak cik Ibrahim dan seisi keluarga. jasa kalian amatlah dihargai. :D


percaya tak, kami diberi kebenaran untuk masak makan malam untuk seisi rumah? hebat kan? HAHA, jangan rasa segan untuk mengaku YA ! HAHAHA, memang riuh dapur malam tu, tak tipu. al maklumlah, bila anak dara yang hanya tau menghadap computer dan menekan-nekan keyboard masuk dapur, memang riuh laa jadinya. nasib baik tak terbakar dapur tu.


mula² kita hiris bawang dulu.


sambil² tu, kita pilih cili yang paling hijau untuk dijadikan rempah ratus.



dengan menggunakan gaya 'akulahyangpalingpakar' kita goreng telur.



bila tak menjadi, kita pas pulak kat orang lain. muahahaha



tanpa rasa putus asa, kita goreng ikan pulak !



itulah dia gaya anak dara masuk dapur ye tuan puan. harap maaf, gambar masakan kami tidak boleh diuplodkan di sini. bimbang kalau² ada yang taubat tidak mahu makan telur goreng dan ikan goreng setelah melihatnya. HAHAHA. harap² anak dara ni semua insaf laa sikit untuk belajar masak lepas ni. anak dara, malu sikit okai !


keesokkan harinya, kami melepakkan diri di Tambun. hmm, memang seronok bermandi air yang dipenuhi oleh pelbagai lapisan umur dan kaum. air satu Malaysia gituuu. aduhai.










sila paham² sendiri dan tafsir laa ikut sukahatitapiadabatasnya laa gambar² di atas. hehe, baiklah aku nak mengundurkan diri dulu. haishh, bila laa nak maju kalau asyik undurkan diri ni? isk iskk iskkk. sambil geleng² kepala.


penat. aku nak tidur. selamat malam. bagi sesiapa yang baca ni pada pagi hari, selamat pagi. siapa yang baca pada petang hari, selamat petang. dan yang sama waktu dengannya laa. pandai² laa korang hidup.


okayy nampak gayanya, setakat ini dahulu buat kali ni. panjang umur, aku tulis lagi. Ciao. Adios. Salam. salam jangan dilupakan ye adik-adik. kita ni orang Islam. :D

17 December, 2009

year new.

scha: haloo, ini apek jual botol ka?
afak: iya lohh, lu tengah cakap sama wa. ada apa?
scha: ini aaa, apek, wa mau kasi jual botol kosong sama lu..
afak: iya iya, wa tau laa lu mau kasi jual botol kosong sama waa.
scha: wahh, apek ! lu manyak hebat mehh.
afak: wa memang hebat ! hohoho.


CUT !


dialog di atas memang dusta lagi mendustakan. tiada yang bohong melainkan bohong bohong belaka. HAHAHA ! izinkan penulis blog ini syok sendiri buat beberapa saat.


okayy, back to reality.


scha: hello, assalamualaikum.
afak: haa, waalaikumsalam. apa mimpi tetiba call aku ni ?
scha: hehe, saja je. hang tengah buat apa ?
afak: tengah bercakap dengan hang ? haha, aku tengah guna komputer laa ni.
scha: hang nak keluar tak ? jom keluar. aku boleh keluar hari ni je sebab arini ada driver.
afak: nak pergi mana ni?
scha: saje, keluar TS. (ni je pun ada kat Taiping)
afak: hmm, pukul berapa?
scha: sekarang laa. rumah hang kat mana?
afak: apa dia ?
scha: cepat siap. aku on the way nak pergi rumah hang ni. tapi, rumah hang kat mana eh?
afak: ??????


okaii, scha, or Syazana, tak cakap pun cepat siap seperti dialog di atas. aku cuma tambah kasi sedap je. hehe. sejujur-jujurnya, aku memang terkejut beruk selama beberapa saat bila dia cakap macam tu. masakan tidak, tak pernah pun nak datang rumah aku tiba-tiba je hari ni muncul. tapi, takpela. lagi syok bagi pihak aku. jimat sikit minyak kereta. HAHAHA, bajet laa aku yang bayar duit minyak kereta selama ni.


selepas itu, nak dipendekkan cerita, kami beli tiket wayang, tunggu mamal also known as Akmal, makan makan makan, dan masuk. tengok apa? Avatar. overall cerita tu okayy la. best. tapi kepintaran dan kebodohan manusia dalam cerita tu terserlah sangat sangat pada satu masa yang sama. nak kena ulaskan ke ? tak payah laa kan ? tengok sendiri dan korang akan faham. :D




selepas itu, kami pun balik. mak pesan, anak dara tak baik balik lewat.


dah, cukup. end of story. apa lagi ? anda boleh bersurai sekarang. ehh, sebelum tu ada pesanan sikit dari penulis ye, adik kakak abang makcik pakcik sekalian !


esok, dah 1 Muharram 1431 Hijr kan ? cepatnya masa berlalu sampai saya pun tak sangka saya dah hidup selama 17 tahun, nak masuk 18. anda sedar ? kalau sedar, baguslahh. hmm, malam ni yokk kita doa sama-sama. baca Yaasin dan doa banyak². kita buang yang keruh², kita amik hok jernih² je. :D


SELAMAT MENYAMBUT 1 MUHARRAM 1431 HIJR. =)

15 December, 2009

ingin kuterbang, tapi tiada sayap.

♪♫ kuingin terbang tinggi di awan
bersama bintang bersama bulan
ku ingin genggam sang mentari
kuingin bermain di tepi pelangi
ini impianku, inilah caraku
tiada yang lain yang lebih kumahu ♪♫




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Aku rasa nak terbang jauh-jauh. Boleh kan ? Rasa nak bawa diri jauh jauh dan jauhhh dari orang sekeliling. Nak cari barang yang hilang. Spirit. Spirit aku dah hilang...


Hehehehehehe. tiba-tiba je gelak.


Baiklah, tadi dah dapat surat dari abang posmen yang kacak, 2 Januari ni, sah laa aku kena lapor diri untuk PLKN. masyeh, masyehh! tiba-tiba je rasa nak pergi sana cepat cepat dan cepattt. kalau dahulu, waktu mula-mula dapat tawaran tu memang aku agak anti dan meluat dengar empat huruf yang dimulakan dengan P dan berakhir dengan N tu. tapi sekarang ? hmm, aku anggap tu rezeki aku je. mana laa tahu ada hikmahnya kalau aku pergi sana, ye kan ?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -surah al-Baqarah ayat 216


satu hasrat satu semangat satu tekad


if you want love, you give love. if you want fun, you create one. a piece of cake ! senang kan ? itlah dia lumrah hidup. kalau aku rasa melakukan sesuatu pekerjaan tu membuang masa dan betgitu membosankan tahap membunuh, memang tak guna laa aku buat benda tu, ye tak ? konklusinya, have fun ! bergembiralah anda sebelum anda digembirakan. haaa, itulah apa yang aku nak buat kat Sintok nanti ! :D


anyway, aku tak nak tulis panjang². mata aku pun sudah berpinar-pinar asyik menatap monitor komputer tanpa henti dari tadi. no wonder laaa mata aku semakin rabun. semakin bergantung kepada objek lain untuk meneruskan hidup. duhh, reality bites !


akhir kalam, salam.
end.

11 December, 2009

closure

salam.
finally, i'm home.
heaven !
:D


tamatlah sudah zaman persekolahan aku.
okay, okay,
semua baju sekolah boleh angkut buang, ye bik!
HAHAHAHA.
(cehh, bajet laa ada bibik)
haha, ye ke?
baju sekolah putih kain biru tu pun ada lagi dalam almari.
sayang rasa nak buang.
sebab boleh recycle.
buat kain lap kaki.
akakakaka xD


cepatnya masa berjalan.
cepatnya aku membesar.
lepas ni, macam mana laa pulak gayanya hidup aku ?
hailoh.
macamana result aku nanti ?
argh, aku redha !
untuk semuanya, aku tawakkal ajalah.
the best medicine, anyway.


growing up and learning ain't easy, kan?
membesar dan belajar tentang hidup aku sendiri,
serta mengenal diri aku ni sendiri
adalah satu hakikat yang memang sampai mati,
aku tak dapat elakkan.
aku bangun pagi tadi rasa lost sangat.
apa yang lostnya ?
entahlah, aku pun tak tau.
itu pasal laa aku kata lost. adeh !
aku kebungkaman.
terkesima ? haha.


schools no more.
bye bye.
kawan-kawan,
lupakan aku.
mulakan idup baru.
HAR HAR HAR !


gyahhhh, ape kebenda yang hang merepek ni ?!


hehe, saje buat statement gedik.
jangan berani² cuba lupkan aku eh !
kalau teringin nak kena right hand slap rule,
cubalah.
luas tapak tangan, padang bola aku tadahkan !


hmmm,
aku jarang cakap aku sayang kat orang, kan ?
segan kut.
HAHAHA.
pelik.aneh.wierdo.unpredictable.alien.
ye, ye...
aku dah dapat gelaran tu.
mekasehh bebanyak² !
walaupun aku tak cakap,
aku nak orang tau yang aku sayang
semua kawan-kawan aku.
ada yang anggap aku ni musuh dia tak ?
hmm, macamana nak buat ye ?
aku tetap nak sayang korang jugak,
boleh kan ?
kwang, kwang, kwang.
aku hargai semua yang hadir dalam hidup aku.
tapi mengada-ngada betul lah !
dah sebuk² datang menyempit dalam hidup aku,
pastu tiba² nak berambus macam tu je.
selamber jer !


ya Rabbi,
ini ke yang dinamakan hidup ?

28 November, 2009

Salam Perantauan

Salam Eidul Adha.


sedap la nama Adha. Bila aku ada anak, aku nak letak nama Adha.
HAHAHA ! tetiba je.
salah topik betul laa aku ni.


okay, okay.
semalam, hari raya qurban kan?
pertama kali dalam sejarah hidup aku laa..
nak habaq mai....
aku sambut raya tanpa keluarga di sisi.
aduhai, sedih sekali !
dahla sambut kat Beseri.
adeh, sorry laa orang Beseri.
aku takde niat pun nak menghina Beseri.
apatah lagi mengutuk..
cuma, ni bukan kampung aku.
jadi, tak rasa sangat feeling raya tu.
tapi takper, still Beseri dalam Malaysia, okehh!
1 Malaysia !!! yarghhh...
HAHAHA !


erk, tetibe je aku ni
T_____________T


nasib baik waktu call mak aku pagi tu tak buat drama.
drama komedi boleh tahan lagi laa. tapi,
kalau drama ayaq mata bak kata orang utara,
perghh!! tobat laa aku tak tau apa nak jadi.
mak kata nak datang pagi tu,
tapi dalam masa yang sama, ada korban kat rumah.
what can i say....
mulut manis berkata-kata "takpelah, mak. orang tak kesah pun"
sambil tergelak-gelak kegedikan.
tapi, dalam hati?
hmm, agak², ada apa dalam hati?
MUAHAHAHAHAHAHA!
bak kata Nabil,
bukan I yang kater okeyhh.
Nabil yang kata. n-a-b-i-l.
lu pikir laa sendiri.


si X: tapi Afifah, saya tak mau fikir, boleh tak?
Afifah: eh, eh, saya tak suruh ponn.
si X: tapi tadi awak kata lu pikir laa sendiri.
Afifah: ehh, awak silap ni. bukan saya yang kata okehh. tu, Nabil yang berkata-kata.
si X: iskk, awak ni, benchiiilaa!
Afifah: lalalaaaa. ada aku kesaah ?


HAHAHAHA !
anda panas ?
taip ON PANAS dan hantakkan ke
nombor telefon bimbit anda sendiri.
=)


ohh yaa.
hari tu hantar sms.
check plkn aku katner.
ye laaa. aku dapat plkn.
bagi yang berhati busuk.
anda mungkin akan gelak.
haaa, tak yah laa nak cover!
aku tau, korang akan gelak.
busuk.punya.orang
syook ke tak syok ke, aku kena pegi jugak.
berkhidmat umtuk negara.
patriotik sikit !
hohoho.
(jangan pakcik hoho tu perasan sudah)
adehhh.
yaaa, sambung cerita tadi.
aku semak kem plkn aku kat mana kan?
hmmm, ye ye.
aku dah semak.
aku ditempatkan di,
Kem Sintok Universiti Utaara Malaysia,
Sintok, Kedah.
Lapor diri: 2 Januari 2010
yeah, sweet. :|
baru ingat nak ternak lemak banyak² kat umah.
wawawaaaa...


PERHATIAN! PERHATIAN!
ada orang dapat plkn sekali sama tempat dengan aku tak?
kalau ada meh aa roger².
boleh wat geng sembang tak kesudahan kat sana.
HUAHUAHUAHUA.


okehh laa.
anggap je ni sebagai penutup.
aku nak makan.
lapar.
salam.


06 November, 2009

Will these memories fade when I leave this town ?


.Beseri bukan Berseri.



pagi Ahad; 0730++


boleh buat cover album nehh ! romentik gitu~

tangkap gambar dari cube adalah suatu kewajipan.

niat nak tangkap gambo Blok F sebenarnyaa.. ehehehsss.
Afifah, jangan gatal ! miang takper. hoho.


seksikan ? haha, pinjam kata² Cikgu Harry jap. jap jer.


lagi lagi. gambar depan cube waktu senja pulak.


senja. remarkable twilight gituu. aww, i suker, you !!


Ekhwani. ;)


********************


dah, cukup. takde gambar dah.
baiklah, nampaknya, setakat ni je laa dulu buat kali ni.



ehhh, sebelum tu, saje nak tunjuk gambar bawah ni.
hohohohohohohohh



nahh,ni laa gambar makhluk Tuhan paling seksi. HAHAHAHA! takde laa, ni laa namanya cubemate. banyak jasa deme kat aku. jasa paling besar yelahh, tiap sorang pernah rasa seksanya nak kejut aku bangun pagi. duhhh!


okayyy. tu je laa buat kali ni. bulan depan aku sambung lagi. SPM 11 hari lagi. cuak doee. T____T Doa doakan laa aku berjaya dengan cemerlangnya eh !


Salam.
End.